PUSA: Kerajaan Sarawak memperuntukkan sebanyak RM13 juta bagi membangunkan industri nanas yang berpotensi tinggi untuk dimajukan di kawasan Beting Maro.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Razaili Gapor berkata, peruntukan tersebut disediakan bagi memperkukuh infrastruktur sokongan industri berkenaan termasuk pembinaan pusat pemprosesan dan pewujudan Anjung Usahawan.
“RM13 juta disediakan untuk membangunkan industri nanas dan pusat memprosesan akan dibangunkan.
“Anjung Usahawan juga akan dibangunkan untuk mempromosikan produk berasaskan pertanian seperti nanas, kelapa dan gula apong,” katanya semasa merasmikan Kursus Memproses Produk Bukan Makanan Berasaskan Nanas anjuran Pusat Khidmat Beting Maro dan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) di Dewan Al-Amin, Beladin pada Isnin.
Razaili menambah, nanas merupakan komoditi yang berpotensi tinggi bukan sahaja dari segi pengeluaran buah, malah dari segi nilai tambah produk yang boleh dihasilkan daripada bahagian lain tanaman itu seperti daun nanas yang boleh dijadikan benang.
“Nanas merupakan bahan mentah yang boleh diproses untuk dijadikan pelbagai produk makanan dan bukan makanan. Banyak input telah diperoleh berkaitan nanas termasuk dari aspek benih, kaedah penanaman, tuaian dan pengurusan hasil.
“Rantaian industri ini akan terus berkembang sekiranya pengusaha diberikan pendedahan menyeluruh bukan sahaja mengenai buahnya tetapi juga potensi inovatif yang terdapat pada daunnya,” jelasnya.
Turut hadir, Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Sarawak, Mohd Nazaiful Azdi Rahman, Pemanca Daerah Pusa Rosli Uji, Penghulu Kampung Beladin Zakaria Mos, Penghulu Kampung Spinang, Semarang dan Batang Maro Musa Zin serta Ketua Kampung Hulu Beladin Mostapha Sili.-EDISI UKAS