BELADIN: Suasana di Dataran Temenggung Kadir, Beladin menjadi tumpuan ramai apabila Pertandingan Tarik Tali Terbuka Sempena Portgun Fest 2025 berlangsung meriah dengan penyertaan 10 pasukan dari pelbagai kampung di Bahagian Betong.
Majlis perasmian pertandingan telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro, Razaili Gapor pada Jumaat.
Dalam ucapannya, Razaili menyifatkan program seperti ini bukan sahaja menyihatkan tubuh badan, malah berupaya mengeratkan hubungan silaturahim dan semangat perpaduan khususnya dalam kalangan belia di kawasan ini.
Pertandingan kali ini menyaksikan tempat pertama dimenangi oleh pasukan Trass Merah dari Kabong, tempat kedua diraih oleh pasukan X Jerak dari Kampung Geringat, manakala tempat ketiga menjadi milik pasukan Gajah Sakti dari Kampung Alit. -EDISI UKAS