PUSA: Mangsa kebakaran di Kampung Kalok, Pusa di sini boleh menarik nafas legas selepas menerima sumbangan daripada Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohamad Razi Sitam
.
Sumbangan tersebut diserahkan Datuk Mohamad Razi dalam majlis ringkas di Kampung Kalok pada Jumaat.
Menurut beliau, dengan adanya bantuan ini, sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban mangsa.
Katanya, mangsa juga akan dibantu untuk membina semula rumah semula mereka yang ranap dalam kebakaran tersebut.
Beliau turut berterima kasih kepada badan bukan kerajaan (NGO) mahupun perseorangan yang memberi bantuan kepada keluarga tersebut bagi membantu meringankan beban keluarga.
“Saya berharap agar keluarga mangsa tabah menghadapi ujian ini dan dalam masa yang sama kita akan berusaha juga.
“Bantuan seperti bencana perlulah disegerakan kerana keluarga ini hilang tempat tinggal,” katanya.
Dalam pada itu, pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pasar Pusa, SUPP Cawangan Pusa dan Majlis Daerah Betong turut menyalurkan bantuan kepada keluarga tersebut.
Datuk Mohamad Razi juga menyampaikan bantuan dariapda Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM18,100 kepada mangsa.
Turut hadir ADUN Beting Maro Razaili Gapor, Ahli Parlimen Batang Lupar Mohamad Shafizan Kepli dan Pengarah JKM Sarawak Semawi Mohamad. - EDISI UKAS