PUSA: Sejumlah besar peruntukan di bawah Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) digunakan untuk merancakkan ekonomi melalui pelbagai projek infrastruktur.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beting Maro Razaili Gapor berkata, peruntukan tersebut bertujuan untuk menyokong Bahagian Betong sebagai hab pengeluaran makanan.
Justeru katanya, fokus utama terhadap pertanian, perikanan, penternakan dan pelancongan, adalah untuk memastikan rakyat dapat meningkatkan sosioekonomi masing-masing.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Peringkat DUN Beting Maro di sini, hari ini.
Pelbagai lapisan penduduk hadir memeriahkan majlis ramah-tamah tersebut.
Menerusi program seumpamanya, dapat mengeratkan silaturahim antara pemimpin dan rakyat.
Rakaman Lensa: ANAK TIDAL BORE